CSGO Esukan

ESIC Dedah Mereka Sedang Menyiasat 15 Kes Atur Perlawanan CS:GO

2 bulan lalu

ESIC Dedah Mereka Sedang Menyiasat 15 Kes Atur Perlawanan CS:GO

Suruhanjaya Integriti Esukan (Esports Integrity Commission – ESIC) hari ini mendedahkan bahawa bermula pada 18 bulan yang lalu, mereka telah mulai melakukan siasatan mengenai kemungkinan berlakunya kes atur perlawanan di acara ESEA Mountain Dew League.

ESIC memberitahu bahawa organisasi tersebut memilih untuk berkongsikan kemaskini berkaitan kes tersebut kerana khabar angin berkaitan dengan kes berterbangan di media sosial, memberikan kerisauan kepada industri. Menurut ESIC, siasatan mereka sudah menghampiri penamatnya dan mereka akan berkongsikan keputusan penuh kes ini di dalam masa 4 minggu lagi.

ESIC telah bekerjasama dengan pelbagai pihak sepanjang siasatan seperti pihak syarikat taruhan, badan kerajaan, pihak berkuasa dan organisasi anti korupsi bagi memastikan kaedah siasatan berjalan dengan telus dan lancar. Mereka juga telah menggunakan pelbagai program khas bagi mengesan individu yang membuat taruhan yang mencurigakan terhadap pemain dan pasukan yang berpontensi terlibat di dalam kes ini.

Menurut ESIC lagi, pada ketika ini terdapat 15 kes berkaitan kes atur perlawanan yang sedang disiasatn mereka.

Sumber: ESIC

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments