CSGO

BTS Turut Hukum Jurulatih Salahguna Pepijat Di Acara CS Summit 6 Online

3 bulan lalu

BTS Turut Hukum Jurulatih Salahguna Pepijat Di Acara CS Summit 6 Online

Selepas ESL dan ESIC, Beyond The Summit kini tampil mengumumkan bahawa mereka juga telah selesai melakukan siasatan terhadap kes salahguna pepijat jurulatih di permainan CS:GO semasa penganjuran acara CS Summit 6 Online tidak lama dahulu.

Hasil siasatan, Ricardo ‘dead’ Sinigaglia iaitu jurualtih MIBR didapati bersalah kerana menggunakan pepijat tersebut semasa perlawanan rasmi kejohanan, iaitu ketika menentang pasukan Trimph pada 24 Jun lalu. Oleh itu, beliau dan pasukan kini telah dijatuhkan hukuman berikut kerana melanggar peraturan rasmi kejohanan:

  • dead digantung dari menyertai/melatih pasukan di dua kejohanan CSGO anjuran Beyond The Summit selepas ini
  • MIBR disingkirkan dari kejohanan tersebut.
  • MIBR akan menyerahkan kembali wang hadiah kejohanan.

Dengan ini juga, pasukan Triumph kini menjadi pemenang bagi kedudukan ke-7/8 kejohanan.

Sumber: Beyond The Summit

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments