Diabotical

Beta Terbuka Batal – Diabotical Akan Dilancarkan Terus Secara Rasmi Kepada Umum Hari Ini

3 bulan lalu

Beta Terbuka Batal – Diabotical Akan Dilancarkan Terus Secara Rasmi Kepada Umum Hari Ini

Rancangan The GD Studios untuk melakukan ujian beta terbuka bagi permainan Diabotical telah dibatalkan dan studio tersebut mengumumkan bahawa mereka akan melangkaui fasa tersebut dan melancarkan permainan secara rasmi kepada umum.

Menurut pengumuman yang dilakukan di laman Twitter rasmi Diabotical, The GD Studios memaklumkan bahawa mereka yakin permainan tersebut stabil untuk dimainkan dan telah sedia untuk dimainkan umum. Oleh yang demikian, Diabotical akan dilancarkan secara rasminya bermula pada pukul 9 malam ini.

Dengan pelancaran rasmi ini, ia juga menandakan bermulanya musim pertama permainan tersebut. Musim pertama ini akan berlanjutan sehingga bulan Disember kelak. Walaupun tiada The GD Studios menjanjikan bahawa sebarang masalah yang timbul dan maklumbalas pemain akan diberikan perhatian lengkap.

Diabotical adalah permainan arena, penembak pandang pertama (AFPS) yang memfokuskan kepada bergerakan pantas dan penuh aksi seakan permainan Quake III Arena. Permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma untuk platform PC di gedung Epic Games Store.

Muat-turun: Diabotical di Epic Games Store
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments