League of Legends

Worlds 2020 Ubah Format Selepas Vietnam Terpaksa Tarik Diri Dari Kejohanan

4 minggu lalu

Worlds 2020 Ubah Format Selepas Vietnam Terpaksa Tarik Diri Dari Kejohanan

Kawalan pergerakan di negara Vietnam memaksa dua pasukan dari liga League of Legends Vietnam Championship Series (VCS) menarik diri dari menghadiri kejohanan Worlds 2020 di Shanghai.

Oleh yang demikian, Riot Games telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengantikan dua slot yang dimiliki oleh VCS dan sebaliknya akan bertukar kepada format dari 24 pasukan bertanding kepada 22 pasukan sahaja. Kedua-dua pemilik slot tersebut bagaimanapun akan menerima hadiah seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dengan itu, format pusingan play-in kini akan melibatkan 10 pasukan sahaja berbanding 12. Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dibarisi 5 pasukan setiap satu dengan format permainan tanding padan gilir tunggal (bo1). Pasukan terbaik kumpulan kemudiannya akan mara ke acara utama kejohanan (peringkat kumpulan acara utama).

Pasukan terbawah di setiap kumpulan akan tersingkir. Pasukan ketiga dan keempat kumpulan bermain perlawanan bo5 dan pasukan yang tewas akan tersingkir, pemenang perlawanan tersebut akan mara ke perlawanan b05 dengan pasukan di tempat kedua kumpulan.

Pemenang perlawanan ini akan mara ke acara utama dan pasukan yang tewas akan tersingkir. Berikut adalah grafik memaparkan format pusingan play-in ini:

Dengan pertukaran format baharu ini juga, slot VCS di acara utama dianugerahkan kepada pasukan ketiga dari slot LCK (asalnya dari pusingan play-in) bagi memastikan peringkat play-in mempunyai jumlah pasukan yang seimbang. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada prestasi liga mereka dari edisi terdahulu.

Akhir sekali, Riot Games turut memaklumkan bahawa format kejohanan mungkin akan menerima perubahan lanjut sekiranya keadaan memaksa. Kejohanan Worlds 2020 akan bermula pada 25 September ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments