Dota 2

BOT The International 3 Akan Dianjurkan Bermula Pada 24 September Ini

10 bulan lalu

BOT The International 3 Akan Dianjurkan Bermula Pada 24 September Ini

Walaupun kejohanan The International 10 masih lagi tertangguh dan tidak mempunyai tarikh penganjuran, ini tidak bermakna kesemua acara Dota 2 tidak akan dilangsungkan. Beyond The Summit mengesahkan bahawa kejohanan BOT The International 3 akan dianjurkan bermula pada 24 September ini.

BOT The International adalah acara pertunjukkan dimana ia mempertarungkan sesebuah hero melawan hero lainnya. Sebagai contoh, Invoker bersama 4 klon beliau akan bertanding menentang Pudge dan juga 4 klon beliau. Hero-hero ini akan dikawal oleh kepintaran buatan (AI) yang dicipta oleh BTS dan FireToad.

Tahun lalu bagi edisi kedua kejohanan, Pangolier diangkat menjadi juara selepas menewaskan Earthshaker. BOT The International 3 ini akan disiarkan secara langsung bermula pada 24 September ini di twitch.tv/beyondthesummit.