League of Legends

Kesemua Pasukan Yang Akan Bertanding Di Kejohanan League of Legends World Championship 2020

4 minggu lalu

Kesemua Pasukan Yang Akan Bertanding Di Kejohanan League of Legends World Championship 2020

September telah tiba dan dalam masa kurang tiga minggu lagi, tirai kejohanan League of Legends World Championship 2020 akan dibuka.

Worlds 2020 akan bermula pada 25 September depan mempertandingkan 24 pasukan League of Legends dari liga serata dunia. Pada ketika ini, beberapa liga tersebut telah pun tamat atau menghampiri penamat memperlihatkan slot ke Worlds 2020 mulai dipenuhi pasukan.

Bagi anda yang tidak biasa dengan format yang akan digunakan, penganjuran terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringat play-in dan acara utama. Peringkat play-in adalah peringkat pertama kejohanan Worlds. Hanya 4 daripada 12 pasukan di peringkat ini akan mara ke peringkat kumpulan.

Peringkat kumpulan pula adalah peringkat pertama bagi acara utama kejohanan. Pasukan-pasukan teratas di liga rantau utama akan mara terus ke peringkat ini tanpa melalui peringkat play-in. Selepas itu, 8 pasukan akan mara ke peringkat akhir, peringkat kalah mati kejohanan. Berikut adalah senarai pasukan yang telah mengesahkan tempat di kejohanan Worlds 2020, namun tidak dipisahkan berdasarkan kepada slot peringkat play-in, peringat kumpulan dan tidak disusun mengikut keutamaan slot mereka:

  • LPL (China)
    • Top Esports
    • JD Gaming
    • Suning
    • LGD Gaming
  • LEC (Eropah)
    • Fnatic
    • G2 Esports
    • Rogue
    • Mad Lions
  • LCK (Korea Selatan)
    • Damwon Gaming
    • DRX
    • GEN.G
  • LCS (Amerika Utara)
    • FlyQuest
    • Team SoloMid
    • Team Liquid
  • PCS (Asia Tenggara, Hongkong, Taiwan, Macau)
    • Machi Esports
    • PSG Talon
  • VCS (Vietnam) **
    • Team Flash
    • GAM Esports
  • CBLOL (Brazil)
    • INTZ
  • LCL (CIS)
    • Unicorns of Love
  • LJL (Jepun)
    • V3 Esports
  • LLA (Amerika Latin)
    • Rainbow7
  • OPL (Oceania)
    • Legacy Esports
  • TCL (Turki)
    • Papara SuperMassive

Kemaskini: 08 September 2020

**Vietnam (VCS) secara rasmi telah menarik diri dari Worlds 2020 kerana kawalan pergerakan yang dikenakan di negara tersebut.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments