Dota 2

Faceless Void Dan Spectre Adalah Finalis Undian Arcana Bagi The International 10

4 minggu lalu

Faceless Void Dan Spectre Adalah Finalis Undian Arcana Bagi The International 10

Dua hero serba ungu, Faceless Void dan Spectre akan bertarung untuk merebut hak mendapatkan kostum arcana Dota 2 seterusnya.

Kedua-dua hero tersebut mara ke pusingan akhir undian arcana bagi kompendium Battle Pass The International 10. Faceless Void menewaskan Sniper di peringkat separuh akhir dengan undian sebanyak 14.9 juta berbanding Sniper yang memperoleh 7.6 juta undian.

Spectre pula memperoleh 16.09 juta undian menewaskan Witch Doctor yang mengumpul undian sebesar 12.7 juta. Menurut teks yang tertera di kotak pengundian di dalam klien permainan Dota 2, keputusan peringkat akhir ini hanya akan diumumkan di kejohanan The International 10.

Namun begitu, akibat daripada penangguhan kejohanan tersebut, tidak dapat dipastikan sama kenyataan tersebut akan dikekalkan oleh Valve. Tahun lalu, Ogre Magi diumumkan sebagai pemenang undian arcana TI9 selepas menewaskan Wind Ranger.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments