CSGO

ESL Gantung Tiga Jurulatih CS:GO Selepas Salahguna Pepijat Semasa Perlawanan

3 minggu lalu

ESL Gantung Tiga Jurulatih CS:GO Selepas Salahguna Pepijat Semasa Perlawanan

Baru-baru ini sebuah pepijat telah ditemui pada fungsi jurulatih pada permainan Counter-Strike: Global Offensive. Pepijat ini menyebabkan kamera penglihatan milik jurulatih pasukan terhenti di sesebuah lokasi membolehkan mereka menonton sebarang pergerakan di lokasi tersebut dan memperoleh maklumat tambahan bagi pasukan mereka.

ESL hari ini memaklumkan bahawa selepas pepijat tersebut didedahkan, mereka telah melakukan siasatan terhadap kesemua perlawanan dan kejohanan yang dianjurkan mereka (dan DreamHack) beberapa bulan lepas bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

Hunden di DreamHack Open Summer 2019
Foto: Adela Sznajder (DreamHack)

Hasil siasatan mereka, tiga jurulatih pasukan didapati telah menggunakan pepijat ini semasa perlawanan rasmi mereka. ESL juga telah mendapatan panduan daripada Valve bagi memastikan setiap kes yang ditemui mereka adalah kukuh. Berikut adalah kes yang telah ditemui mereka:

  • Hard Legion, oleh Aleksandr ‘MechanoGun’ Bogatiryev di kejohanan ESL One Road to Rio pada 6 peta melibatkan 3 perlawanan.
  • Heroic, oleh Nicolai ‘Hunden’ Petersen di kejohanan DreamHack Masters Spring pada pusingan ke-10 sebuah peta.
  • MIBR, Ricardo ‘dead’ Sinigaglia di kejohanan ESL One Road to Rio pada pusingan pertama sebuah peta.

Oleh yang demikian, ESL menerusi buku peraturan mereka dan panduan daripada ESIC (The Esports Integrity Commission) telah menjatuhkan hukuman berikut kepada ketiga-tiga jurulatih dan pasukan mereka (hukuman berkuatkuasa bagi kejohanan ESL/DreamHack sahaja). Berikut adalah hukuman yang dikenakan:

  • dead dikenakan pengantungan selama 6 bulan dari bermain atau melatih.
  • HUNDEN dikenakan pengantungan selama 12 bulan dari bermain ata melatih.
  • MechanoGun dikenakan pengantungan selama 24 bulan dari bermain ata melatih.
  • Setiap pasukan terlibat telah disingkirkan dari kejohanan terlibat.
  • Setiap mata ESL Pro Tour yang diterima pasukan terlibat pada kejohanan yang terlibat telah dibatalkan.
  • Setiap pasukan terlibat akan memulangkan hadiah yang diterima dari kejohanan yang terlibat.

ESL turut mendedahkan bahawa kesemua maklumat yang dimiliki mereka telah dikongsikan kepada penganjur lainnya untuk mereka melakukan siasatan terhadap kejohanan yang dianjurkan mereka. ESIC juga dilaporkan akan akan mengeluarkan kenyataan dan hukuman tersendiri mengikut buku tatakelakuan mereka. Hukuman oleh ESIC akan dikuatkuasakan di kesemua kejohanan yang dianjurkan oleh penganjur yang telah menjadi ahli mereka organisasi tersebut.

Sementara itu, MIBR memaklumakan bahawa mereka telah mengantung jurulatih mereka pada ketika ini bagi melakukan siasatan tersendiri mengenai kes ini. Heroic pula memaklumkan mereka telah memulakan siasatan dalaman sebaik sahaja mereka menerima maklumat daripada DreamHack (ESL) dan akan mengeluarkan kenyataan usai siasatan mereka tamat kelak.

Sumber : ESL

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments