Esukan Tempatan

UiTM Dan Kitamen Bekerjasama Tawar Esukan Sebagai Aktiviti Kokurikulum Pelajar

3 bulan lalu

UiTM Dan Kitamen Bekerjasama Tawar Esukan Sebagai Aktiviti Kokurikulum Pelajar

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkasakan penglibatan mereka di dalam arena esukan tempatan kali ini dengan pengumuman kerjasama bersama dengan Kitamen Resources Sdn Bhd (Kitamen) bagi menawarkan modul kokurikulum kepada pelajar mereka bermula pada semester akan datang.

Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian persefahaman pada 28 Ogos lalu bertempat di UiTM Shah Alam. UiTM akan meminjam kepakaran Kitamen bagi mendedahkan para pelajar di institusi pengajian tersebut dengan industri esukan yang secara tidak langsung akan mendedahkan para pelajar dengan bidang teknologi digital menerusi pendidikan dan penyelidikan.

Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat UiTM

UiTM juga turut mendedahkan matlamat utama mereka bagi membangunkan hab esukan di kampus yang memfokuskan kepada permainan secara sihat. Ini adalah kerjasama kedua berkaitan esukan yang diumumkan institusi tersebut pada bulan ini. UiTM juga telah menandatangani perjanjian persefaham dengan REV Media pada awal bulan Ogos ini bagi menganjuran lebih banyak program dan mempromosikan industri esukan, permainan dan media di UiTM termasuklah penganjuran program popular Kejohanan Esukan Kampus (KEK).

Sumber: Bernama

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments