Call of Duty Liga Call of Duty

Musim Sulung Liga Call of Duty Milik Dallas Empire – Bawa Pulang USD 1.5 Juta

4 minggu lalu

Musim Sulung Liga Call of Duty Milik Dallas Empire – Bawa Pulang USD 1.5 Juta

Gelaran juara sulung bagi Liga Call of Duty menjadi milik pasukan Dallas Empire selepas mereka memenangi perlawanan akhir liga (Championship Weekend – Call of Duty League Championship) menentang pasukan Atlanta FaZe.

Selepas menamatkan musim tetap liga di kedudukan dua pasukan teratas, pasukan Atlanta FaZe dan Dallas Empire bertemu di peringkat separuh akhir liga dimana Dallas Empire berjaya menjatuhkan FaZe ke pusingan lower bracket dengan keputusan 3-2.

Terpaksa melalui jalan jauh, FaZe tidak mudah mengalah dan berjaya membenam pasukan Chicago Huntsmen untuk mara ke perlawanan akhir, kembali bertemu Dallas Empire.

Diadakan di dalam format bo9 dan pasukan upper bracket menerima kelebihan 1 mata dihadapan, perlawanan akhir yang ditonton lebih 300 ribu peminat ini bermula memihak kepada Dallas Empire apabila mereka dengan mudah memenangi tiga peta pertama perlawanan iaitu Hardpoint di Azhir Cave, Search and Destroy di Gun Runner dan Domination di peta St. Petrograd.

Ketinggalan 4-0 dan diambang kekalahan, pasukan Atlanta FaZe berjaya mencuri peta kelima perlawanan iaitu Gun Runner pada mod permainan Hardpoint. Tidak terkesan, Dallas kembali mempamerkan penguasaan mereka untuk mememangi peta seterusnya iaitu Rammaza yang dimainkan pada mod Search and Destroy, sekaligus mengesahkan mereka sebagai juara pertama Liga Call of Duty.

Sumber: Call of Duty League / Activision

Dallas Empire membawa pulang hadiah berjumlah USD1.5 juta sebagai juara, disaming piala kejohanan dan beberapa aksesori eksklusif seperti cincin dan kasut khas. Pemain Dallas Empire, Ian “Crimsix” Porter juga telah diangkat sebagai pemain terbaik bagi pasca-musim liga. Dengan tamatnya musim sulung liga Call of Duty ini, ia juga menandakan tamatnya musim permainan kompetitif bagi permainan Call of Duty: Modern Warfare.

Bagi musim kedua liga kelak, permainan akan beralih kepada judul terbaru siri iaitu Call of Duty: Black Ops Cold War yang baru sahaja didedahkan kepada umum.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments