League of Legends

Machi Esports Adalah Juara Pacific Championship Series Summer Split

9 bulan lalu

Machi Esports Adalah Juara Pacific Championship Series Summer Split

Pada hari Jumaat yang lalu, Machi Esports jatuh ke pusingan lower bracket pusingan akhir liga Pacific Championship Series selepas tewas tipis kepada pasukan PSG Talon di perlawanan separuh akhir upper backet. Perlawanan tersebut berlangsung sengit sehingga lewat malam dan berakhir dengan keputusan 3-2.

Keesokannya, Machi bertemu pasukan J Team di perlawanan separuh akhir lower bracket. Namun berbeza dengan hari sebelumnya, dengan misi untuk membalas dendam dan kembali bertemu PSG Talon di perlawanan akhir liga, Machi tampil garang dan membenam J Team dengan keputusan bersih 3-0.

Dengan momentum tersebut, Machi terus melangkah ke pentas akhir liga untuk berhadapan semula dengan PSG Talon pada petang hari Ahad. Perlawanan akhir ini bukan sahaja untuk membalas dendam bagi perlawanan separuh akhir pada Jummat lalu, namun turut sama adalah dendam untuk perlawanan akhir pada split musim bunga lalu dimana Machi tewas 2-3 kepada Talon.

Kali ini Machi lebih bersedia walau kesemua 10 barisan panel siaran bahasa Inggeris memilih PSG sebagai pasukan pilihan perlawanan akhir tersebut. Machi Esports melepaskan laungan gemuruh pada perlawanan akhir tersebut, mengakhiri perlawanan dengan keputusan 3-0, membalas dendam mereka.

Sumber: LOL PCS

Sebagai juara liga bagi split musim panas ini, Machi Esports akan mara ke kejohanan Worlds 2020 sebagai pemilik slot pertama PCS iaitu mara ke peringat utama kejohanan di pusingan kumpulan. Mereka turut membawa pulang hadiah sebesar USD30,000. Bagi PSG Talon pula, mereka menerima wang berjumlah USD14,000 dan slot kedua ke kejohanan Worlds 2020 iaitu bagi pusingan play-in kejohanan.

Kedua-dua pasukan akan mewakili ranta Asia Tenggara (kecuali Vietnam), Taiwan dan Hong Kong dan Macau di kejohanan tersebut. Kejohanan Worlds 2020 akan bermula pada 25 September depan.