League of Legends

PSG Talon Jadi Pasukan Pertama Dari Liga PCS Melayakkan Diri Ke Kejohanan Worlds 2020

4 minggu lalu

PSG Talon Jadi Pasukan Pertama Dari Liga PCS Melayakkan Diri Ke Kejohanan Worlds 2020

Liga League of Legends Pacific Championship Series (PCS) kini mengesahkan pasukan pertama dari liga tersebut yang telah berjaya menempah tiket ke kejohanan Worlds 2020.

Menghampiri penamat bagi musim panas mereka, PCS telah melangsungkan pusingan separuh akhir liga semalam dimana pasukan PSG Talon berjaya menewaskan pasukan Machi Esports untuk mara ke perlawanan akhir liga.

Perlawanan separuh akhir tersebut berlangsung sengit sehingga lewat malam dan berakhir dengan keputusan 3-2. Dengan melayakkan diri ke perlawanan akhir, PSG Talon mengesahkan mereka akan menamatkan musim panas ini sekurang-kurangnya di tempat kedua, sekaligus sah mara ke kejohanan Worlds 2020.

Liga PCS menerima dua slot ke kejohanan Worlds 2020 iaitu bagi pemenang tempat pertama dan kedua split musim panas ini. Pemenang perlawanan akhir akan mara ke peringkat kumpulan kejohanan manakala naib juara akan mara ke pusingan play-in kejohanan.

Sumber: LOL PCS

Baki satu lagi slot bagi PCS akan diketahui hari ini selepas tamatnya perlawanan separuh akhir bagi peringkat lower bracket diantara Machi Esports menentang J Team. Pada hari Ahad, perlawanan akhir akan dilangsungkan bagi mencari juara keseluruhan liga bagi musim panas dan menentukan kedudukan slot Worlds 2020.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments