League of Legends

K/DA Lancar Single Baharu ‘The Baddest’ – Sah Akan Hadir Dengan Album EP

1 bulan lalu

K/DA Lancar Single Baharu ‘The Baddest’ – Sah Akan Hadir Dengan Album EP

Kumpulan muzik kpop maya K/DA hari ini telah melancarkan single pra-lancar baharu mereka bertajuk ‘The Baddest’ dan mengesahkan bahawa mereka akan turut melancarkan album EP tidak lama lagi.

Namun begitu, K/DA yang dibarisi oleh Ahri, Evelynn, Akali, and Kai’Sa telah hadir dengan beberapa perubahan baharu dimana Kai’sa dan Evelynn kini dinyanyikan oleh artis berbeza iaitu Bae Miller dan Wolftyla mengantikan Madison Beer dan Jaira Burns. Sementara itu, karekter Ahri dan Akali kekal diwakili oleh dua ahli kumpulan K-pop (G)-Idle iaitu Miyeon dan Soyeon.

Namun begitu, Riot Games memaklumkan bahawa artis yang terlibat dengan lagu ‘The Baddest’ dan EP yang bakal dilancarkan adalah barisan artis kolaborasi, membolehkan K/DA melibatkan lebih banyak artis dalam menghasilkan muzik.

Pada ketika ini, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai pelancaran album EP mereka. Namun begitu, komuniti masih kekal mengharapkan ia akan melibatkan champion baharu, mage yang dilaporkan bertemakan muzik yang dikhabarkan turut mempunyai artis mewakilinya di dunia nyata iaitu Seraphine.

Selain daripada Youtube, lagu baharu ‘The Baddest’ ini juga boleh dimainkan di laman Deezer dan Spotify.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments