Dota Underlords

Dota Underlords Hadir Dengan Kemaskini Besar Membawakan Mod Permainan Klasik Dan 8 Hero Baru

3 bulan lalu

Dota Underlords Hadir Dengan Kemaskini Besar Membawakan Mod Permainan Klasik Dan 8 Hero Baru

Sebuah kemaskini besar telah hadir bagi permainan Dota Underlords hari ini membawakan pelbagai perubahan kepada permainan tersebut.

Bagi anda yang merindui corak permainan asal ketika Underlords di White Spire belum diperkenalkan, anda kini boleh memilih mod permainan klasik yang telah ditambah masuk ke mod permainan kasual.

Bagi mod permainan utama pula, kemaskini ini akan mengeset semula ranking pemain. Pemain telah melepasi ranking Grifter dan keatas akan turun satu ranking utama manakala ranking Grifter dan kebawah akan turun ke ranking minor pertama.

Dari segi hero pula, kemaskini ini memawakan 8 hero baharu ke dalam permainan iaitu Vengeful Spirit, Meepo, Spirit Breaker, Spectre, Death Prophet, Rubick, Wraith King dan Pangolier. Hero sedia ada yang boleh dimainkan pula adalah Anti Mage, Boutny Hunter, Enchantress, Phantom Assassin, Alchemist, Kunkka, Puck dan Lina.

Selain itu, 6 perikatan baharu (Alliances) juga telah diperkenalkan iaitu Fallen, Shaman, Swordsman, Roge, Poisoner dan Magus. Nota kemaskini lengkap termasuklah perubahan stat hero, alliances dan item boleh diakses di pautan ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments