Diabotical Akan Memulakan Ujian Beta Terbuka Pada 3 September Ini
Permainan AFPS yang dibangunkan oleh The GD Studios, Diabotical telah berjaya menamatkan siri ujian tegasan mereka baru-baru ini.
Dengan tamatnya siri ujian tersebut, mereka kini mengesahkan bahawa permainan tersebut akan memulakan ujian beta terbuka bermula pada 3 September depan. Bagi anda yang tidak mengenali Diabotical, ia adalah permainan arena, penembak pandang pertama yang memfokuskan kepada bergerakan pantas dan penuh aksi seakan permainan Quake III Arena.
Baca Juga : Beta Terbuka Batal - Diabotical Akan Dilancarkan Terus Secara Rasmi Kepada Umum Hari Ini
Semasa pelancarannya kelak, Diabotical boleh dimainkan secara percuma dan boleh dimuat-turun melalui gedung Epic Games Store. Diabotical juga telah menjanjikan dana sebesar $250,000 bagi arena esukan permainan itu untuk tahun pertama mereka usai ia dilancarkan.
Diabotical di Epic Games Store