PUBG Mobile

PUBG Mobile Mengumumkan Pelancaran Versi 1.0 ‘New Era’ Dengan Pelbagai Penambahbaikan Baharu

11 bulan lalu

PUBG Mobile Mengumumkan Pelancaran Versi 1.0 ‘New Era’ Dengan Pelbagai Penambahbaikan Baharu

Selepas tiga tahun dilancarkan, permainan PUBG Mobile kini akan akhirnya hadir dengan versi 1.0 yang digelar sebagai era baharu permainan tersebut.

Melalui pengumuman yang disiarkan secara langsung di saluran Youtube mereka hari ini, versi 1.0 ini akan menampilkan tiga perkara utama iaitu penambahbaikan grafik, paparan pengunna serba baharu (UX) dan satu kejutan baharu yang akan hadir pada hari pelancarannya kelak.

Dari segi penambahbaikan grafik, PUBG Mobile akan memperbaiki rekaan karekter, grafik di dalam permainan termasuklah persekitaran di dalam permainan tersebut. Grafik permainan akan ditambah baik dengan teknologi seperti pencahayaan serba baru, penambahbaikan partikel, asap dan kualiti shading memberikan efek yang lebih nyata. Versi 1.0 ini akan hadir pada 8 September depan dengan sebuah kejutan misteri.

Muat-turun PUBG Mobile: Android / Apple iOS