League of Legends

Jadual Lengkap Kejohanan Worlds 2020 Didedahkan

3 bulan lalu

Jadual Lengkap Kejohanan Worlds 2020 Didedahkan

Shanghai sebagai satu-satunya lokasi penganjuran kejohanan Worlds 2020 adalah perubahan yang telah diumumkan oleh Riot Games tempoh hari bagi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dunia yang dilanda pandemik.

Lanjutan daripada itu, jadual penuh kejohanan kini telah dikongsikan kepada umum. Jadual tersebut didedahkan oleh Tencent semasa mereka berkongsikan statistik mengenai liga LPL di China. Di dalam jadual tersebut, kejohanan akan berlangsng selama 21 hari bermula pada 25 September sehingga 31 Oktober. Berikut adalah jadual kejohanan:

  • Peringkat Play-in: 25- 30 September
  • Pusingan 1 Peringkat Kumpulan: 03 – 06 Oktober
  • Pusingan 2 Peringkat Kumpulan: 08 – 11 Oktober
  • Suku akhir: 15 – 18 Oktober
  • Separuh akhir: 24 – 25 Oktober
  • Perlawanan Akhir: 31 Oktober

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pusingan akhir akan dianjurkan di Stadium Pudong dengan Riot Games merancnag untuk turut menganjurkannya bersama-sama dengan kehadiran para peminat. Namun begitu, perubahan terhadap perancangan tersebut dan jadual kejohanan bergantung kepada keadaan semasa di China bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kesemua yang terlibat.

Sumber: VPEsports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments