League of Legends

Seraphine, Champion Yang Dikhabarkan Bakal Tiba Tidak Lama Lagi Telah Memuat-naik Lagu Cover K/DA

1 bulan lalu

Seraphine, Champion Yang Dikhabarkan Bakal Tiba Tidak Lama Lagi Telah Memuat-naik Lagu Cover K/DA

Riot Games telah sedia memberitahu bahawa mereka bakal memperkenalkan tiga karekter baharu bagi permainan League of Legends pada tahun ini. Dua daripadanya telah pun diketahui umum iaitu Yone dan Lilia.

Champions ketiga belum dilancarkan namun menerusi maklumat yang tertiris, ia adalah Samira yang merupakan seorang marksman. Perkara tersebut ditiriskan oleh penghasil kandungan berasal dari Brazil iaitu Streamie. Namun begitu, Streamie dalam pada masa yang sama turut mendedahkan kewujudan champion seterusnya selepas Samira iaitu Seraphine.

Beberapa hari yang lalu, para peminat telah menemui akaun media sosial dengan nama Seraphine dan beberapa maklumat lainnya seperti lukisan yang mengaitkan akaun ini dengan karekter yang tertiris tersebut. Beliau menggunakan katanama @seradotwav di Twitter, Instagram dan Soundcloud yang mempunyai sebuah lagu cover ‘Childhood Dreams’.

Akaun tersebut kemudiannya mulai berkomunikasi dengan para peminat yang hadir membanjiri akaun tersebut, mengesahkan beliau meminati permainan League of Legends dan turut mengacahkan lagu cover POP/STAR oleh K/DA. Respon ini memberikan keyakinan kepada para peminat bahawa akaun dan watak Seraphine ini adalah champion League of Legends seterusnya selepas Samira.

Hari ini, Seraphine telah memuatnaik lagu cover K/DA tersebut di laman Soundcloud beliau. Melihat kepada kesemua usaha mengacah Riot Games ini, ramai menjangkakan bahawa karekter terbaru ini akan mempunyai peribudaya khas bagi koleksi kostum menyerupai K/DA dan True Damage dimana watak (dengan kostum khas) di dalam permainan diwakili oleh artis muzik di dunia nyata.

Bilakan Seraphine akan diperkenalkan secara rasmi masih menjadi tanda tanya terutamanya dengan Samira belum pun dilancarkan pada ketika ini. Ramai meneka Seraphine akan diperkenalkan di kejohanan Worlds 2020 dan ramai juga yang mengharapkan beliau bakal bekerjasama dengan K/DA yang sah bakal kembali tidak lama lagi, menghasilkan lagu bersama.

Sumber: Dot Esports, Reddit

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments