Dota 2

“The Toy Butcher” – Persona Bagi Pudge Kini Hadir

1 tahun lalu

“The Toy Butcher” – Persona Bagi Pudge Kini Hadir

Persona kedua yang ditawarkan oleh Battle Pass The International 10 kini tiba pada kemaskini terbaru Dota 2.

‘The Toy Butcher’, persona bagi Pudge kini boleh digunakan bagi para pemilik Battle Pass yang telah melepasi tahap 225. Persona bertemakan patung permainan ini hadir dengan model, animasi, kesan bunyi dan suara serba baharu. Seperti temanya, kesan bunyi dan suara yang dihasilkan persona ini berbunyi riang seperti kebiasaan yang terdapat pada permainan kanak-kanak.

“The Toy Butcher” – Persona Bagi Pudge

Model patung ini juga lebih kecil berbanding model asal Pudge. Persona Pudge ini adalah yang kedua bagi tahun ini selepas persona Antimage iaitu The Disciple’s Path dan yang ketiga jika dicampur dengan persona kanak-kanak Acolyte of the Lost Arts, Invoker pada tahun lalu.

Bersama-sama dengan kemaskini ini juga, pek pengulas Voice of The International juga boleh dinyahkunci para pemilik Battle Pass. IA boleh diaktifkan sekiranya tahap 75 telah dilepasi.

Battle Pass bagi The International 10 boleh dibeli pada harga asas RM44.00. Pek tahap tambahan pula boleh dibeli pada harga RM129.00 untuk 50 tahap dan pada harga RM199.00 untuk 100 tahap.