League of Legends

K/DA Akan Kembali Dengan Single Baharu Bertajuk “The Baddest”

1 bulan lalu

K/DA Akan Kembali Dengan Single Baharu Bertajuk “The Baddest”

Kumpulan muzik maya K/DA yang dibarisi empat karekter permainan League of Legends bakal kembali tidak lama lagi dengan lagu baharu!

Riot Games hari ini telah melancarkan akaun media sosial rasmi bagi K/DA bersama-sama dengan sebuah gambar acah mengenai sebuah lagu pra-lancar yang akan tiba pada 27 Ogos ini. K/DA adalah sebuah kumpulan kpop maya dibarisi oleh Ahri, Akali, Evelynn dan Kai’Sa yang masing-masing disuarakan oleh Madison Beer, Jaira Burns dan ahli kumpulan (G)I-dle iaitu Miyeon dan Soyeon.

Kumpulan maya ini diperkenalkan pada penganjuran kejohanan League of Legends Championship pada tahun 2018 lalu. Mereka hadir dengan lagu POP/STAR yang dipersembahan untuk pertama kalinya  di acara pembukaan perlawanan akhir Worlds 2018 di Stadium Munhak, Incheon, Korea Selatan.

Lagu tersebut menerima respon yang baik di kalangan peminat dan sehingga kini telah berjaya meraih 362 juta tontonan di laman Youtube.

Melalui gambar acah yang dimuat-naik hari ini, K/DA bakal hadir dengan single terbaru bertajuk ‘The Baddest’ pada 27 Ogos depan. Dengan Riot Games memanggil single ini sebagai sebuah single pra-lancar, mereka dijangka akan hadir dengan lebih banyak lagu lagi selepas itu dan tidak mustahil, sebuah album terutamanya dengan menjelang tibanya kejohanan Worlds 2020.

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti akaun media sosial K/DA, akaun Twitter mereka boleh dicapai di pautan twitter.com/KDA_MUSIC manakala akaun Instagram mereka pula ialah instagram.com/kda_music.

Dan seperti biasa, karekter di dalam permainan kumpulan ini juga dijangka akan menerima kostum khas bersempena dengan pelancaran lagu baharu ini. Selain daripada K/DA, Riot Games juga baru-baru ini didedahkan telah menjalinkan kerjsama bersama dengan Universal Music Publishing Group (UMPG) bagi melancarkan 6 lagu bersempena dengan kejohanan Worlds 2020.

Antara artis yang terlibat adalah Matzka, Gong dan Chiyo Monna dimana kerjasama ini dilihat akan memfokuskan kepada promosi di China iaitu lokasi penganjuran Worlds 2020. Kejohanan tersebut akan bermula pada 25 September depan dan berakhir pada 31 Oktober 2020.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments