Esukan Tempatan

REV Media Group Dan Universiti Teknologi MARA Bekerjasama Bangunkan Esukan Di IPT

2 bulan lalu

REV Media Group Dan Universiti Teknologi MARA Bekerjasama Bangunkan Esukan Di IPT

Sebuah perjanjian persefahaman telah ditandatangani oleh REV Media Group dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi menguatkan, menggalakkan dan membangunkan industri esukan di dalam bidang akademik, kebudayaan, dan penyelidikan.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group dan Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan disaksikan oleh Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad dan Prof. Dr. Azizan Abdullah, Timbalan Naib Canselor, UiTM.

(Dari kiri) Prof. Dr. Azizan Abdullah (Timbalan Naib Canselor, UiTM), Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim (Naib Canselor, UiTM), En. Rafiq Razali (Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group), Dato’ Iskandar Mizal Mahmood (Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad).

Usahasama ini adalah bertujuan bagi mendidik, memupuk dan memberi pendedahan tentang industri ini terutamanya kepada golongan akademik dan mahasiswa yang pada masa yang sama menyokong inisiatif permainan dan esukan kerajaan.

“Kami sedar akan potensi yang dimiliki oleh para pelajar institusi pengajian tinggi dan kami percaya bahawa industri e-sukan di Malaysia akan dapat terus berkembang lebih maju.” ujar Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group.

Melalui perjanjian persefahaman ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa di dalam bidang akademik seperti mengadakan pelbagai program berkaitan dengannya di UiTM, pertukaran maklumat berkenaan perkembangan di dalam bidang penyelidikan, teknologi dan esukan, pembangunan pelajar dan institusi-institusi penyelidikan.

UiTM juga bakal mewujudkan hab penyelidikan esukan di CMT Hub UiTM bagi tujuan pembangunan esukan di dalam kalangan pelajar UiTM. Kedua-dua pihak juga akan bersama menganjuran lebih banyak program dan mempromosikan industri esukan, permainan dan media di UiTM termasuklah penganjuran program Kejohanan Esukan Kampus (KEK) yang telah pun melabuhkan tirai buat semester ketiga baru-baru ini dan mendapat sambuntan hangat para pelajar IPT negara. Kelak kejohanan ini akan dianjurkan dengan MPD sebagai penganjur utama manakala UiTM sebagai rakan strategik bahagian pelajar dan universiti.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments