Fortnite

Fortnite Langkau Sistem Bayaran Apple, Apple Buang Fortnite Dari AppStore Dan Kini Epic Fail Tuntutan Undang-Undang

4 bulan lalu

Fortnite Langkau Sistem Bayaran Apple, Apple Buang Fortnite Dari AppStore Dan Kini Epic Fail Tuntutan Undang-Undang

Fortnite semalam telah memperkenalkan sistem pembayaran terus pada aplikasi mereka di sistem Apple iOS dan Android, melangkaui sistem pembayaran menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Oleh kerana perbuatan tersebut melanggar terma servis App Store, Apple tidak lama kemudiannya telah membuang keluar aplikasi Fortnite daripada App Store. Namun begitu, Epic Games dilihat telah bersiap-sedia dan menjangkakan respon daripada Apple tersebut dan kerana mereka kini telah melancarkan kempen #FreeFortnite dan memfailkan aduan undang-undang terhadap Apple.

Bagi anda yang kurang maklum mengenainya, sebarang pembayaran melalui App Store dikenakan yuran 30% oleh Apple dan Google di Google Play Store. Epic sebelum ini telah memilih untuk tidak meletakkan Fortnite di Google Play Store kerana tidak mahu turut pada sistem bayaran ini sebelum akhirnya mengalah pada bulan April yang lalu.

Terkini, Epic Games telah sekali lagi sedia untuk berperang bersama dengan Apple dan Google. Sebaik sahaja Apple membuang keluar Fortnite daripada App Store, Epic telah melancarkan kempen #FreeFortnite dimana mereka mengajak para pengguna mereka untuk turut sama mendesak perubahan pada sistem pembayaran Apple ini.

Epic juga telah melancarkan sebuah video khas bertajuk “Nineteen Eighty-Fortnite” yang merujuk kepada kes antimonopoli Internet Explorer oleh Microsoft pada tahun 1998.

Menerusi aduuan undang-undang yang difailkan oleh Epic Games, mereka dilihat meminta Apple membenarkan para pembangun untuk memilih sistem pembayaran tersendiri. Epic Games mendakwa bahawa Apple telah memperkenalkan halangan buatan di sistem iOS bagi memberikan mereka monopoli terhadapnya.

Selain daripada mempromosikan kes ini terhadap pemain mereka, Epic juga telah mengambil khidmat Christine Varney, bekas pesuruhjaya FTC dan ketua divisen antimonopoli Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bagi mengetuai serangan mereka di dalam kes ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments