Android Fortnite

Epic Fail Aduan Anti-Monopoli Terhadap Google Selepas Fortnite Juga Dibuang Keluar Dari Google Play Store

12 bulan lalu

Epic Fail Aduan Anti-Monopoli Terhadap Google Selepas Fortnite Juga Dibuang Keluar Dari Google Play Store

Lanjutan daripada kes pelangkauan sistem bayaran pada permainan Fortnite di Apple iOS dan Android, Google juga kini telah mengikut jejak langkah Apple dan membuang keluar aplikasi Fortnite daripada Play Store.

Seperti mana di Apple App Store, aplikasi Fortnite juga dibuang keluar kerana telah melanggar terma dan syarat Play Store dimana sebarang pembayaran dalam permainan perlu melalui sistem Google yang mengenakan yuran sebesar 30%.

Melihat respon daripada Epic terhadap Apple, ramai menjangkakan mereka akan turut melancarkan sesuatu sama seperti yang dilakukan terhadap Apple. Namun begitu, berbeza dengan iOS, sistem terbuka Android membolehkan pennguna memasang Fortnite secara manual dengan memuat-turun apk mahupun menerusi gedung aplikasi pihak ketiga.

Kemaskini:

Epic Games kini turut telah memfailkan aduan undang-undang anti-monopoli terhadap Google selepas aplikasi Fortnite dibuang keluar daripada Google Play Store sama seperti kesyang difailkan kepada Apple.