CSGO

CSPPA Memperkenalkan Ranking CS:GO Tersendiri

12 bulan lalu

CSPPA Memperkenalkan Ranking CS:GO Tersendiri

Persatuan Pemain Profesional Counter Strike (CSPPA) telah hadir dengan sistem ranking tersendiri bagi menentukan tahap pasukan-pasukan profesional permainan Conter-Strike:Global Offensive.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, tujuan utama sistem baharu ini diperkenalkan adalah bagi mempromosikan keseimbangan hidup bekerjaya, memudahkan dan meningkatkan ketelusan ranking dan memperkenalkan ranking yang bersifat lebih terbuka dan dinamik.

CSPPA telah mendapatkan nasihat dan melakukan perbincangan bersama dengan ahli persatuan, para pemain profesional dalam membangunkan ranking ini dan juga buku panduan mengenainya. Berikut adalah ranking semasa CSPPA (Top 20):

  1. Evil Geniuses
  2. Natus Vincere
  3. Furia
  4. G2
  5. Big
  6. Vitality
  7. Gen.G
  8. MIBR
  9. Liquid
  10. Fnatic
  11. FaZe
  12. Complexity
  13. Mousesports
  14. Astralis
  15. 100 Thieves
  16. Cloud9
  17. NiP
  18. Mad Lions
  19. Heroic
  20. OG

Respon komuniti pada ketika ini bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan dengan ramai mempertikaikan kaedah pemberian mata yang digunakan. Kaedah yang digunakan dilihat tidak sebaik sistem ranking HLTV dan ESL.