CSGO

Blast Turut Kehendak Komuniti, Batal Perjanjian Bersama Dengan Neom

4 bulan lalu

Blast Turut Kehendak Komuniti, Batal Perjanjian Bersama Dengan Neom

Selepas LEC (Riot Games), penganjur kejohanan esukan Blast turut kini mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan perjanjian bersama dengan Neom iaitu kota yang dirancang untuk dibina Arab Saudi oleh Public Investment Fund iaitu syarikat pembangunan strategik milik penuh yang dimiliki oleh kerajaan Arab Saudi.

Blast mengumumkan penajaan dan kerjasama bersama dengan Neom pada 28 Julai lalu. Kerjasama ini dilaporkan akan melibatkan pembangunan hab esukan di kota Neom itu kelak dan menurut CEO Blast, Robbie Douek merupakan perjanjian kerjasama terbesar mereka setakat ini.

Namun begitu, seperti mana LEC, komuniti CSGO dan pasukan-pasukan profesional di dalam liga Blast juga turut hadir membantah kerjasama ini kerana isu-isu kontroversi yang melibatkan Neom seperti pemaksaan perpindahan suku asli Howeitat di lokasi pembinaan, isu LGBTQ di Arab Saudi dan beberapa yang lainnya.

Terkini, Blast dan Neom dilaporkan telah bersetuju menamatkan kerjasama mereka hasil respon komuniti ini. Blast bagaimanapun masih belum melakukan sebarang pengumuman rasmi berkaitan dengannya pada ketika ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments