Penstriman

Shroud Sah Akan Kembali Melakukan Strim Di Laman Twitch

2 bulan lalu

Shroud Sah Akan Kembali Melakukan Strim Di Laman Twitch

Selepas beberapa hari mengacah di laman Twitter beliau, Shroud akhirnya mengumumkan laman penstriman pilihan beliau selepas penutupan laman Mixer tempoh hari.

Shroud mengumumkan bahawa beliau bakal kembali ke laman dimana bermulanya karier beliau iaitu Twitch. Tiada sebarang pengumuman mengenai kontrak eksklusif dikeluarkan oleh Twitch mahupun Shroud pada ketika ini, namun melihat kepada akaun beliau yang telah kembali ke status ‘partner‘ lengkap dengan butang langgangan, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan menandatangani kontrak bersama.

Shroud akan memulakan strim pertama beliau pada hari Khamis, 13 Ogos pada pukul 2 pagi waktu Malaysia. Bagi anda yang mahu menontonnya, saluran beliau boleh diakses di pautan twitch.tv/shroud.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments