PUBG Mobile

PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Musim Kedua Tawar Hadiah Bernilai USD 150,000

1 tahun lalu

PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Musim Kedua Tawar Hadiah Bernilai USD 150,000

Liga profesional permainan PUBG Mobile bagi negara Malaysia dan Singapura akan memulakan musim kedua tidak lama lagi, menawarkan hadiah lumayan dan slot untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Bagi musim kedua PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG, penganjur hanya akan melakukan pusingan kelayakan bagi negara Singapura sahaja. Baki pasukan akan disi oleh pasukan jemputan dan musim pertama terdahulu dan dari kejohanan PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) 2020.

Berikut adalah pembahagian slot bagi PMPL MY/SG musim kedua:

  • Kelayakan Singapura: 4 slot
  • Pasukan jemputan musim pertama: 15 slot
  • Pasukan PMNC 2020: 5 slot

Pasukan yang bertanding pada musim kedua ini akan bertarung bagi hadiah berjumlah USD150,000 dan 3 slot ke kejohanan PMPL SEA Finals Musim Ke-2 yang kemudiannya menawarkan slot bagi bertanding ke PUBG MOBILE World League (PMWL).

Pusingan kelayakaan Singapura akan berlangsung pada 7 – 8 Ogos 2020. Musim tetap liga pula akan bermula secara rasmi pada 19 Ogos sehinggalah 27 September depan. Berikut adalah senarai pasukan jemputan bagi musim ini:

PMPL Musim 1:

  • Team Secret
  • Yoodo Gank
  • Team SMG
  • N.E.D Brotherhood
  • J8 Esports
  • Geek Fam
  • Damansara Esports
  • Resurgence MY
  • Dingoz MZ
  • Xpert MY
  • Team No Recoil
  • TARA Proyecto X
  • Axis MPX
  • EVOS ViP
  • Flash Vision

PMNC 2020

  • EZZY LX
  • TRX Elementus
  • Team Bosskurr
  • Marlino inSouth
  • AKA Esports Rogue

Berita lanjut mengenai PMPL Musim Ke-2 dan siaran langsung perlawanan boleh diakses di laman rasmi pmpl2020.com dan laman facebook.com/PUBGMOBILE.MY.OFFICIAL.