League of Legends

Worlds 2020 Akan Diadakan Sepenuhnya Di Shanghai – China Turut Jadi Tuan Rumah Worlds 2021 Diikuti Amerika Utara Pada 2022

18 jam lalu

Worlds 2020 Akan Diadakan Sepenuhnya Di Shanghai – China Turut Jadi Tuan Rumah Worlds 2021 Diikuti Amerika Utara Pada 2022

Berikutan isu pandemik yang menghantui dunia pada ketika ini memaksa pelbagai acara dibatalkan, Riot Games telah berkongsikan perancangan baharu mereka mengenai penganjuran kejohanan League of Legends World Championship 2020.

Berbeza dengan perancangan asal iaitu menganjurkannya di enam kota di sekitar China, Worlds 2020 akan dianjurkan sepenuhnya di Shanghai, China bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kesemua pihak yang terlibat. Riot Games akan menggunakan sistem ‘bubble’ seperti yang digunakan oleh liga NBA di Amerika Syarikat dimana zon pengasingan khas diwujudkan bagi kesemua pemain dan staf yang terlibat dengan acara tersebut.

Worlds 2020 akan bermula pada 25 September dan berakhir pada 31 Oktober 2020. Pusingan kahir kejohanan akan dianjurkan di Stadium Pudong, China. Pasukan bagi pusingan ‘play-in’ akan tiba di China pada 8 September dan akan dikuarantin selama 14 hari. Sekiranya keadaan mengizinkan, pusingan akhir di Stadium Pudong tersebut akan turut dianjurkan bersama-sama dengan kehadiran para peminat.

Sementara itu, Riot turut mengumumkan bahawa China akan turut menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan Worlds 2021 kelak. Bagi tahun 2022 pula, kejohanan tersebut akan kembali ke barat dengan Amerika Utara menjadi penganjurnya.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments