League of Legends

Pengumuman LEC Terima Tajaan Dari Syarikat Saudi Dikritik Komuniti League of Legends

5 hari lalu

Pengumuman LEC Terima Tajaan Dari Syarikat Saudi Dikritik Komuniti League of Legends

Semalam liga League of Legends European Championship (LEC) telah mengumumkan Neom sebagai penaja utama liga bagi musim panas ini. Sebaik sahaja ia diumumkan, ia menerima kritikan besar oleh personaliti dan komuniti League of Legends.

Hal ini adalah berpunca daripada kontroversi yang terkait dengan syarikat dan kota Neom tersebut. Neom adalah nama bagi kota yang dirancang untuk dibina di Tabuk yang terletak di barat laut Arab Saudi oleh Public Investment Fund iaitu syarikat pembangunan strategik milik penuh yang dimiliki oleh kerajaan Arab Saudi.

Ia adalah projek yang dihasilkan oleh Tengku Mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman yang sebelum ini didakwa terlibat dengan kes pembunuhan Jamal Khashoggi, ketua editor bagi saluran berita Al-Arab News Channel. Muhammad bin Salman juga didakwa terlibat dengan pelbagi kontroversi lainnya dan pernah sokongan terhadap kewujudan kem tahanan entik Uyghur oleh China.

Kota Neom sendiri baru-baru ini dilanda kontroversi selepas didakwa memaksa perpindahan suku asli Howeitat di lokasi pembinaan yang turut melibatkan kes pembunuhan.

Oleh yang demikian, pelbagai personaliti League of Legends termasuklah pengulas, pengacara, pemain dan komuniti bangkit membantah pengumuman ini. Menerima tajaan daripada pihak yang terlibat dengan pelbagai kontroversi terutamanya berkaitan dengan hak asasi manusia ini adalah dilihat amat mengecewakan ramai. Pada ketika ini, LEC dan Riot Games masih belum tampil membicarakan kontroversi yang telah hadir ini.

Berikut adalah beberapa petikan mengenai isu ini oleh personaliti terkemuka liga:

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments