Valorant (Project A)

Riot Tidak Sengaja Berkongsikan Laman Mempamerkan Abiliti Agen Terbaru Valorant, Killjoy

5 hari lalu

Riot Tidak Sengaja Berkongsikan Laman Mempamerkan Abiliti Agen Terbaru Valorant, Killjoy

Sebuah artikel secara tidak sengaja telah diterbitkan oleh Riot Games hari ini dimana ia mengandungi pengenalan kepada agen terbaru permainan Valorant iaitu Killjoy.

Artikel tersebut dilihat adalah versi awal kerana ia hanya mengandungi sedikit maklumat mengenai Killjoy iaitu abiliti-abiliti yang bakal dilengkapi oleh agen tersebut dan malah artikel tersebut masih mengandungi nota editor. Tidak lama selepas kesilapan ini disedari, artikel tersebut telah pun disembunyikan semula daripada umum.

Berikut adalah abiliti-abiliti Killjoy yang telah tertiris:

ALARMBOT

  • Melancarkan sebuah robot yang memburu musuh yang memasuki jarak sasarannya. Apabila tiba pada sasaran, ia akan meletup. Tekan dan tahan butang ‘equip’ untuk menyimpan semula robot tersebut.
    (Equip and deploy a bot that hunts down enemies who dare to get in range. When my killer robot friend reaches its target, boom goes the idiot. Alarmbot not only deals damage, it temporarily leaves affected targets vulnerable to double damage from all sources. Hold equip if you want to recall your deployed bot.)

TURRET

  • Melancarkan turet yang menembak musuh pada sudut 180 darjah. Tekan dan tahan butang ‘equip’ untuk memanggil semula turet tersebut.
    (Sometimes it’s good to plant some roots. Deploy a turret that fires at enemies within its 180 degree cone. Hold equip to recall the deployed turret. With my turret, I can hold an area pretty well myself while the others cover the angles I can’t.)

NANOSWARM

  • Melontar bom tangan yang apabila ia diaktifkan, melancarkan kerumunan nanobot yang mencederakan musuh.
    (OK check this out. Throw the grenade. When it lands, it goes quiet. Then, activate the Nanoswarm to deploy a damaging swarm of nanobots and catch the enemy crying. I love this trick!)

LOCKDOWN

  • Apabila ia meletup, kesemua musuh yang berada di dalam radiusnya akan diperlahankan pergerakkannya. Boleh dimusnahkan musuh.
    (You’ll have to adjust your timing for the windup, but once you get this device going, it detains all enemies caught in its radius for about 8 seconds. Yeah, enemies can destroy it—except I built plenty more.)

Sumber: Reddit

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments