League of Legends

Riot Korea Akan Menghasilkan Rancangan Realiti Mencari Bakat Baharu League of Legends

7 hari lalu

Riot Korea Akan Menghasilkan Rancangan Realiti Mencari Bakat Baharu League of Legends

Diinspirasikan oleh rancangan realiti televisyen pencarian bintang K-pop yang banyak dihasilkan di Korea Selatan, cawangan Riot Games di Korea akan menerbitkan rancangan berformat serupa, namum bukan bintang K-pop yang dicari tetapi bakat baharu bagi permainan League of Legends.

Sebagai sebuah negara terkenal dengan industri esukan mereka, pemain esukan profesional di negara tersebut seperti Faker, Flash dan Jaedong amatlah popular dan sering menghiasi media massa di Korea Selatan. Populariti mereka ini ditambah lagi dengan budaya bermain di kafe siber menyebabkan impian menjadi pemain profesional bukanlah sesuatu yang asing bagi para remaja di Korea Selatan.

Oleh yang demikian, rancangan realiti baharu Riot Korea ini sememangnya tidak pelik untuk dihasilkan di negara tersebut. Diberi nama ‘LoL THE NEXT‘, rancangan ini akan mulai bersiaran pada 2 Ogos depan di saluran Twitch dan Youtube LCK.

Rancangan ini akan mempertandingkan 100 pemain League of Legends amatur dengan ranking Diamond dan keatas. Setiap pemain ini akan diuji dan disaring sehinggalah hanya 10 pemain terbaik sahaja yang tinggal. Selepas itu, 10 pemain ini akan dibahagikan kepada dua pasukan dan dilatih oleh pemain profesional.

Jurulatih bagi pasukan pertama adalah Lee ‘Wolf’ Jae-wan yang merupakan bekas pemain bagi pasukan SKT T1 dan kini merupakan penstrim bagi organisasi tersebut (kini T1). Beliau akan disertai oleh Heo ‘PawN’ Won-seok yang merupakan bekas pemain bagi pasukan Kingzone DragonX.

Pasukan kedua pula akan dilatih oleh Jang “MaRin” Gyeong-hwan yang pernah bermain bagi pasukan SKT T1, LGD Gaming dan Afreeca Freecs. Jurulatih kedua pasukan pula adalah Kim “PraY” Jong-in yang kali terkahir bermain bagi pasukan KT Rolster.

Pasuukan yang memenangi perlawanan terkahir rancnagan ini akan diberikan ‘peluang khas’ yang tidak didedahkan secara terperinci pada ketika ini dan hadiah wang tunai berjumlah 50 Juta KRW (RM 177 Ribu).

Sumber: DotEsports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments