Mobile Legends Tempatan

10 Pasukan Yang Akan Bertanding Di MPL MY/SG Musim Ke-6

3 bulan lalu

10 Pasukan Yang Akan Bertanding Di MPL MY/SG Musim Ke-6

Semalam telah berlangsungnya hari terakhir pusingan kelayakan bagi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang MY/SG Musim Ke-6 memperlihatkan 4 pasukan terbaik kini mengesahkan tempat di musim tetap liga.

Bagi pusingan kelayakan Malaysia, dua pasukan yang mara adalah Team SMG dan Bella Ciao. Bagi pusingan kelayakan Singapura pula, dua pasukan yang telah mara adalah pasukan Forsaken dan Divinity Esports. Keempat-empat pasukan akan mara ke musim tetap liga dan bertanding bersama-sama dengan 6 lagi pasukan jemputan yang menerima slot dari musim terdahulu.

Berikut adalah senarai pasukan jemputan bagi musim ini:

Malaysia

  • Team Bosskurr
  • Geek Fam
  • Todak
  • Orange Louvre Esports

Singapura

  • Resurgence
  • Evos SG

Musim tetap liga akan bermula pada 28 Ogos depan dan akan berlanjutan setiap hujung minggu sehingga Oktober dimana akan berlangungnya pusingan akhir iaitu pada 23 Oktober.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments