Dota 2

Ceb Kembali Sebagai Pemain OG Esports – Sumail Dikeluarkan Dari Pasukan

4 bulan lalu

Ceb Kembali Sebagai Pemain OG Esports – Sumail Dikeluarkan Dari Pasukan

OG Esports hari ini mengumumkan bahawa Sébastien “Ceb” Debs, salah seorang tunjang utama OG Esports telah kembali sebagai pemain bagi pasukan Dota 2 organisasi tersebut.

Ceb akan memegang posisi lama beliau iaitu posisi ketiga atau lebih dikenali sebagai posisi offlane. Kembalinya Ceb ini bermakna seorang pemain terpaksa disingkirkan dari pasukan dan individu tersebut adalah pemain carry pasukan iaitu Syed Sumail “SumaiL” Hassan.

Posisi yang dikosongkan beliau akan diisi oleh pemain berasal dari Malaysia iaitu Yeik “MidOne” Nai Zheng yang sebelum ini bermain di posisi offlane. Walaupun terkenal sebagai pemain midlane, MidOne tidak asing bermain di posisi carry dan mampu bertukar posisi sama ada midlane mahupun carry mengikut keperluan pasukan.

Barisan baru ini akan mula bermain secara rasmi pada kejohanan OGA Dota PIT Season 2 pada 27 Julai ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments