Rocket League

Rocket League Kelak Boleh Dimainkan Secara Percuma

5 bulan lalu

Rocket League Kelak Boleh Dimainkan Secara Percuma

Setahun yang lalu, Epic Games telah mengambil alih Psyonix iaitu pembangun kepada permainan Rocket League. Permainan tersebut kemudiannya diumumkan akan tiba ke Epic Games Store namun bakal meninggalkan Steam.

Terkini, perpindahan tersebut bakal tiba tidak lama lagi dan bersama-sama dengannya, Rocket League akan bertukar kepada modal permainan percuma untuk dimainakan di semua platform (EGS, Switch dan Konsol). Walaupun bakal meninggalkan Steam , pemain yang telah memiliki permainan tersebut akan kekal boleh memainkannya dan ia hanya akan tidak boleh dibeli pemain baharu sahaja di platform milik Valve tersebut.

Epic tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran di EGS pada ketika ini dan hanya menyatakan bahawa ia akan tiba pada musim panas ini. Rocket League juga akan memperkenalkan beberapa fungsi baharu tidak lama lagi seperti permainan rentas-platform (termasuk Steam), penambahbaikan fungsi kejohanan dan mod cabaran.

Pemain yang membeli Rocket League sebelum ia bertukar kepada percuma juga akan menerima habuan iaitu kesemua DLC berjenama Rocket League, gelaran tahun penyertaan dan item-item khas.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments