League of Legends

Riot Memperkenalkan Rupa Baharu Bagi LoL Esports – Rumah Kepada Arena Esukan League of Legends

4 bulan lalu

Riot Memperkenalkan Rupa Baharu Bagi LoL Esports – Rumah Kepada Arena Esukan League of Legends

Hab kepada kesemua liga dan arena kompetitif bagi permainan League of Legends, LoL Esports hari ini telah menerima rekaan serba baharu lengkap dengan logo dan warna tema yang mewakili permainan popular tersebut.

Rekaan baharu ini diinspirasikan daripada arena pertempuran utama permainan League of Legends iaitu Summoner’s Rift. Menurut Riot Games, selepas 10 tahun permainan tersebut dilancarkan, mereka mahu kemaskini baharu ini melambangkan kemaraan mereka ke dunia moden tanpa melupakan asal usul mereka dahulu.

Bagi anda yang tidak mengenali LoL Esports, ia merupakan laman web yang menjadi platform menyatukan 12 liga kompetitif tertinggi League of Legends dan acara-acara antarabangsa utama permainan tersebut. Di laman ini, para peminat boleh menyaksikan perlawanan langsung esukan League of Legends, melihat jadual dan papan pendahulu liga, menggunakan ‘Pro View’ bagi menyaksikan perlawanan dengan lebih banyak maklumat dan statistik dan membaca berita terkini dunia kompetitif League of Legends.

Namun begitu pada ketika ini, para peminat tempatan yang mengikuti perkembangan liga Pacific Championship Series masih belum boleh menggunakan platform ini kerana ia masih belum ditambah masuk.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments