Call of Duty: Mobile Mobile Legends Tempatan

Monash University Dan UiTM Shah Alam Adalah Juara Bagi Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (KEK)

4 bulan lalu

Monash University Dan UiTM Shah Alam Adalah Juara Bagi Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (KEK)

Siri kejohanan yang memfokuskan kepada institusi pengajian tinggi negara iaitu Yoodo Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) 2020 telah melabuhkan tirai dengan pasukan dari Monash University Dan UiTM Shah Alam dijulang sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Walaupun edisi kali ini diadakan sepenuhnya secara dalam talian, ia mendapat sambutan hangat dan dari penyokong-penyokong institusi pengajian tinggi yang bertanding dan para peminat esukan tempatan.

Pasukan Smoking Monkeys yang mewakili Monash University menjuarai kategori permainan Call of Duty: Mobile sementara bagi kategori permainan Mobile Legends: Bang Bang pula, pasukan UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam diangkat sebagai juara.

Kedua-dua pasukan pulang dengan hadiah berjumlah RM20,000 dan biasiswa bernilai RM25,000 setiap pasukan. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:

COD: Mobile

  • Juara: Smoking Monkeys (Monash University) RM20,000
  • Naib Juara: Fame (Taylor’s University Lakeside Campus) RM10,000
  • Ketiga: UTEM TeamRevenge (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) RM7,500

Mobile Legends: Bang Bang

  • Juara: UiTM Vendetta (UiTM Shah Alam) RM20,000
  • Naib juara: SZA Panthera (Universiti Sultan Zainal Abidin) RM10,000
  • Ketiga: Incognito (Universiti Teknologi Malaysia) RM7,500

Juara Keseluruhan (Biasiswa RM50,000):

  • Smoking Monkeys (Monash University)
  • UiTM Vendetta (UiTM Shah Alam)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments