Mobile Legends

Miya Dan Alucard, Dua Hero MLBB Pertama Terima Perubahan Di Dalam Project NEXT

2 minggu lalu

Miya Dan Alucard, Dua Hero MLBB Pertama Terima Perubahan Di Dalam Project NEXT

Moonton, pembangun disebalik permainan mudah alih popular Mobile Legends Bang Bang telah mengumumkan Project NEXT sekitar sebulan yang lalu bagi memperbaharui beberapa aspek utama permainan tersebut.

Di dalam usaha memberikan pemain pengalaman bermain berkualiti tinggi dan lebih segar, Moonton menjanjikan pelbagai perubahan termasuklah perubahan pada hero sedia ada. Hari ini, Moonton telah berkongsikan lebih banyak maklumat mengenai Project NEXT dan berkongsikan dua hero pertama yang menerima perubahan iaitu Miya dan Alucard.

Pembangun telah melakukan perbahan kepada Miya dari segi kostum sehinggalah kepada senjata beliau menjadikan beliau kini kelihatan seperti pemanah yang berani namun kemas dan lembut. Bagi membolehkan Miya aktif ketika pertarungan, pihak pembangun telah mengubah skill Miya, menambah baik skill pasif beliau dan memberikan skill kedua Miya lebih kuasa serangan, lebih kawalan dan pergerakan yang lebih fleksibel.

Bagi Alucard pula, pihak pembangun menjelaskan bahawa mereka tidak banyak mengubah rupa bentuk hero tersebut namun ia menerima pelbagai penambahbaikan ringkas hasil maklumbalas daripada pemain. Oleh kerana ramai pemain menyukai aspek pertarungan satu lawan satu semasa mengunakan hero ini, pihak pembangun telah memaksimakan kuasa serangan beliau pada sasaran musuh tunggal.

Skill pasif beliau yang menambah kuasa serangan apabila mengenai dua musuh dibuang keluar dan digantikan dengan kuasa serangan tinggi kepada musuh tunggal. Fungsi ‘lifesteal’ pada kuasa ultimate beliau juga digantikan dengan kuasa serangan tambahan pada sasaran pilihan pemain. Skill ini juga boleh mengaktifkan skill pasif beliau, menambah lagi kuasa serangan yang dilakukan.

Akhir sekali selain daripada perubahan-perubahan ini, Moonton juga telah berkongsikan logo rasmi bagi Project NEXT ini. Menurut mereka, logo berawrna emas ini melambangkan kegemilangan, keadilan dan semangat dan juga juga sebagai satu mercu tanda untuk membawa kita terus maju ke hadapan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments