Dota 2

Geek Fam Benam Fnatic Untuk Takluk ONE Esports Dota 2 SEA League

2 minggu lalu

Geek Fam Benam Fnatic Untuk Takluk ONE Esports Dota 2 SEA League

Adakah 2020 merupakan tahun bertuah bagi Geek Fam? Pasukan tersebut sekali lagi memperoleh kejayaan pada tahun ini selepas menewaskan pasukan Fnatic di perlawanan akhir ONE Esports Dota 2 SEA League.

Geek Fam menamatkan perlawanan tersebut dengan kemenangan selesa 3-1 untuk membawa pulang hadiah sebesar USD40,000. Ini merupakan kemenangan ketiga mereka pada tahun ini selepas menjuarai BTS Pro Series Season 2: Southeast Asia dan Cyber.bet Cup: Spring Series – SEA. Mereka juga memperoleh keputusan baik di beberapa kejohanan lainnya membuktikan mereka berada di dalam tahap terbaik pada ketika ini.

Walaupun kesemua kejohanan ini hanya melibatkan pasukan di rantau Asia Tenggara sahaja tidak melibatkan pasuukan antarabangsa lainnya, menakluk rantau ini bukanlah perkara yang mudah dan Geek Fam kini dilihat adalah salah sebuah pasukan yang mampu untuk melakukannya.

Sumber: Liquipedia
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments