Esukan

Perkhidmatan Internet Starlink Oleh SpaceX Direka Dengan Kemampuan Bermain Permainan Video Kompetitif

2 minggu lalu

Perkhidmatan Internet Starlink Oleh SpaceX Direka Dengan Kemampuan Bermain Permainan Video Kompetitif

Starlink, rangkaian internet jalur lebar menggunakan satelit yang dibangunkan oleh SpaceX mampu digunakan untuk bermain permainan kompetitif masa nyata menurut Elon Musk.

Menjawab persoalan di laman Twitter, Elon Musk menjelaskan bahawa Starlink mempunyai latensi sekitar 20 milisaat menjadikan ia mampu digunakan bagi permainan kompetitif yang memerlukan masa lengah yang rendah. Tambah beliau lagi, versi kedua rangkaian satelit Starlink kelak akan berada di latitud yang lebih rendah sehingga mampu menyediakan rangkaian internet dengan latensi serendah 8 milisaat.

Diumumkan pada tahun 2015 yang lalu, Starlink merupakan insiatif oleh Elon Musk dan SpaceX untuk membekalkan rangkaian internet global yang lebih menyeluruh menerusi rangkaian satelit di orbit rendah bumi pada harga yang berpatutan.

Sehingga 13 Jun lepas, SpaceX telah melancarkan 540 buah satelit di orbit rendah bumi. Pada akhir bulan April lalu, Elon Musk menyatakan bahawa mereka merancang untuk memulakan ujian beta perkhidmatan tersebut pada tahun ini di rantau Amerika Utara dan menjangkakan liputan global menjelang tahun 2021 kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments