Dota 2

Epic Esports Events Dan WePlay! Bekerjasama Anjur OMEGA League Dibarisi Pasukan Terbaik Eropah Dan Amerika

3 minggu lalu

Epic Esports Events Dan WePlay! Bekerjasama Anjur OMEGA League Dibarisi Pasukan Terbaik Eropah Dan Amerika

Bulan Ogos pada kebiasaannya adalah bulan paling meriah di dalam kalendar kompetitif Dota 2. Kemuncak kepada sirkuit profesional Dota 2 (DPC) iaitu kejohanan The International saban tahun dianjurkan pada bulan tersebut.

Namun begitu pada tahun ini, siri kejohanan DPC telah ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19 memaksa kejohanan The International 10 ditangguhkan. Oleh yang demikian, dua penganjur kejohanan esukan, WePlay! Esports dan Epic Esports Events telah mengumumkan kerjasama dengan misi mengisi semula kekosongan bulan yang sepatutnya berlangsung meriah ini dengan perlawanan-perlawanan profesional berkelas tinggi.

Kedua-dua pihak telah mengumumkan penganjuran kejohanan dalam talian Dota 2 The Omega League melibatkan pasukan-pasukan terbaik di rantau Eropah, CIS dan Amerika. Bermula pada 20 Julai ini sehingga 9 September depan, kejohanan ini akan dibahagikan dan dilangsungkan serentak di dua rantau berbeza iaitu Eropah dan rantau Amerika.

Bagi rantau Eropah, pihak penganjur menyediakan dua divisyen kejohanan iaitu Immortal dan Divine. 6 pasukan yang mengakhiri peringkat kumpulan bagi divisyen Immortal di tangga terbawah akan mara divisyen Divine manakala selebihnya akan mara ke pusingan akhir divisyen Immortal yang menawarkan hadiah yang lebih tinggi.

Bagi ranta Amerika pula, bentuk kejohanan yang sama akan tuurut dianjurkan dimana dua divisyen tersedia iaitu Divine dan Ancient. Namun begitu, hadiah yang ditawarkan bagi kedua-dua diviyen ini adalah lebih rendah berbanding di Eropah kerana kualiti pasukan yang tidak sehebat di Eropah.

Secara keseluruhnya, kedua-dua rantau ini menawarkan hadiah berjumlah USD550,000. Antara nama-nama besar yang akan menyertai kejohanan ini adalah Team Secret, OG Esports, Team Nigma, Team Liquid, Alliance, Evil Geniuses, Ninjas in Pyjamas, Fly To Moon dan Virtus Pro.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments