Mobile Legends

Pusingan Kelayakan Bagi MPL MY/SG Musim Ke-6 Akan Bermula Tidak Lama Lagi

4 bulan lalu

Pusingan Kelayakan Bagi MPL MY/SG Musim Ke-6 Akan Bermula Tidak Lama Lagi

Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang MY/SG kembali buat musim ke-6 dan pendaftaran bagi pusingan kelayakan terbuka telah pun bermula.

Bagi musim terbaru ini, pusingan kelayakan Malaysia dianugerahkan dua slot ke musim tetap liga, dengan jumlah sama turut diberikan kepada pusingan kelayakan Singapura. Empat pasukan yang melayakkan diri kelak akan menyertai 6 pasukan jemputan dari musim terdahulu.

Pusingan kelayakan Malaysia akan dilangsungkan bermula pada 24 Julai ini sehingga 26 Julai. Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, daftar pasukan anda dengan segera kerana slot adalah terhad kepada 512 pasukan terawal sahaja.

Pendaftaran boleh dilakukan di pautan ini sebelum tarikh tutup pada 19 Julai depan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments