Dota 2

Aghanim’s Labyrinth, Acara Musim Panas Dota 2 Boleh Dimainkan Semua Walau Tanpa Memiliki Battle Pass

3 minggu lalu

Aghanim’s Labyrinth, Acara Musim Panas Dota 2 Boleh Dimainkan Semua Walau Tanpa Memiliki Battle Pass

Dota 2 hari ini telah melancarkan acara musim panas mereka dan kali ini ia boleh dimainkan umum tanpa perlu membeli Battle Pass The International terlebih dahulu.

Acara tahun ini diberi nama sebagai Aghanim’s Labyrinth dimana ia merupakan mod permainan PVE dimana para pemain bermain menentang musuh kawalan komputer. Pemain boleh bermain bersama tiga lagi rakan memasuki labirin milik Aghanim dan mengumpul serpihan cokmar milik ahli sihir terkenal tersebut.

Pemain akan menentang musuh-msush raksasa yang dikumpul oleh Aghanim sewaktu beliau meneroka pelbagai dimensi astral dalam usaha beliau mencipta cokmar kemegahan beliau. Setiap minggu bagi tempoh dua jam, pemain boleh menyertai Aghanim’s Trial dimana pemain akan bersaing dengan pemain lain bagi merebut hadiah menarik seperti Arcana, efek dalam permainan khas dan hadiah utama iaitu Interdimensional Baby Roshan.

Aghanim, The Apex Mage

Seperti biasa, para pemilik Battle Pass juga akan menerima mata tahap dengan menyertai acara ini. Akhir sekali, bersama-sama dengan acara ini juga, rupa wajah Aghanim, The Apex Mage diperlihatkan kepada umum secara rasminya. Bapa kepada Rubick itu mempunyai empat tangan dengan tanduk(?) dan janggut yang panjang.

Beliau juga merupakan bos terakhir bagi Aghanim’s Labyrinth. Sama ada beliau akan ditambah masuk sebagai hero terbaru permainan masih lagi menjadi tanda tanya pada ketika ini. Mungkin acara ini hanyalah acahan besar-besaran pembangun sebelum melancarkan hero ini kepada umum. Memandangkan ia telah sedia mempunyai model, potrait dan baris suara, memasukkan ia kedalam permainan pasti tidak akan mengambil banyak masa.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments