FIFA Tempatan

Terengganu FC Juarai eMalaysian Football League (eMFL)

3 minggu lalu

Terengganu FC Juarai eMalaysian Football League (eMFL)

Selepas menjadi juara sulung kejohanan ePiala Malaysia pada tahun 2019 yang lalu, Terengganu FC sekali lagi berjaya menjadi juara kejohanan esukan FIFA kali ini di eMalaysian Football League (eMFL).

Pada tahun ini, pasukan tersebut diwakili oleh pemain bersia 22 tahun Muhammad Faiz Hariry atau lebih dikenali sebagai Favlain. Beliau berjaya mengumpul mata tertinggi selepas 22 perlawanan iaitu sebanyak 42 mata secara keseluruhannya.

“Saya nak tujukan kejuaraan ini kepada keluarga, rakan-rakan, khususnya penyokong-penyokong Terengganu yang sokong saya sepanjang kejohanan ini dan cukup berbangga dapat bagi kejayaan ini kepada pasukan Terengganu FC”

Favlain

Tempat kedua pula disandang oleh Kedah yang diwakili oleh Muhammad Imran Burhanudeen “Imrandeen” sementara tempat ketiga dimiliki oleh Luqman Haziq Hajiman “LuqmanHzq” yang mewakili Johor Darul Takzim. Sebagai pemain yang mewakili Terengganu FC pada tahun lalu di ePiala Malaysia dan kini mewakili JDT, hasrat Luqman untuk mencari kejuaraan kedua beliau terkubur selepas gagal memenangi dua perlawanan terakhir beliau dan dipintas Favlain dan Imrandeen.

eMFL merupakan liga esukan bagi permainan FIFA yang buat pertama kalinya di Malaysia di iktiraf oleh Electronic Arts. Ia mempertandingkan 12 pemain permainan FIFA20 terbaik di Malaysia yang setiap seorang mewakili 12 pasukan bolasepak di CIMB Liga Super. Berikut adalah papan pendahulu liga usai tamat kesemua perlawanan:

Sumber: ePiala Malaysia (eMFL)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments