Penstriman

Ninja Kembali Melakukan Strim, Laman Youtube Menjadi Pilihan

3 minggu lalu

Ninja Kembali Melakukan Strim, Laman Youtube Menjadi Pilihan

Selepas Mixer mengumumkan penamatan operasi tempoh hari, Richard Tyler Blevins atau lebih dikenali sebagai Ninja terpaksa mencari ‘rumah’ baharu untuk meneruskan kerjaya beliau.

Ramai yang tertanya-tanya laman penstriman manakah akan menjadi rumah baharu bagi perstrim popular tersebut. Hari ini, selepas lebih setengah bulan berdiam diri, Ninja dengan mengejut hadir melakukan strim di laman Youtube beliau.

Berlangsung sekitar 90 minit, strim tersebut berjaya menarik sehingga 167 ribu penonton serentak. Dengan beliau melakukan strim di laman Youtube tersebut, ramai yang meneka bahawa kedua-dua pihak telah menandatangani kontrak bersama. Namun begitu, menurut Rod ‘Slasher’ Breslau, keputusan Ninja melakukan strim di laman Youtube ini adalah keputusan dirinya sendiri dan Ninja masih lagi di dalam perbincangan dengan laman penstriman lainnya.

Tiada sebarang kontrak telah ditandatangani mereka pada ketika ini. Sementara itu, seorang lagi penstrim popular yang berpindah ke laman Mixer, Shroud juga masih lagi belum mengumumkan laman penstriman pilihan beliau. Beliau pada ketika ini masih berdiam diri dan tidak melakukan sebarang strim di mana-mana laman.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments