CSGO

CS:GO Memperkenalkan Trusted Mode – Tambah Kuat Sistem Anticheat

3 minggu lalu

CS:GO Memperkenalkan Trusted Mode – Tambah Kuat Sistem Anticheat

Selepas menguji untuk seketika di versi beta permainan, Counter-Strike:Global Offensive hari ini telah menambah masuk mod ‘Trusted Mode’ kedalam permainan bagi menambahkuat sistem anti penipuan mereka.

Sistem ini akan menghalang fail dan aplikasi pihak ketiga daripada berinteraksi dengan permainan tersebut. Ini merupakan usaha terbaru pembangun bagi mengatasi penggunaan aplikasi penipuan. Namun begitu, pemain masih lagi dibenarkan untuk menyahaktifkan mod ini di pelancar permainan.

Pemain boleh melakukannya dengan menambah masuk string ‘–untrusted’ pada tetapan pelancar. Walaupun dibenarkan menyahaktifkannya, markah kepercayaan pemain di dalam permainan akan berkurangan secara mendadak, memberikan kesan terhadap pemadan permainan.

Walaupun bertujuan menghalang aplikasi penipuan, aplikasi pihak ketiga lainnya mungkin akan turut terkesan dengan sistem baharu ini seperti aplikasi ‘game filter’ oleh Nvidia dan sebagainya.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments