Pasaran Permainan

Telefon Pintar Kekal Pasaran Permainan Video Paling Pantas Membangun Menurut Newzoo

2 minggu lalu

Telefon Pintar Kekal Pasaran Permainan Video Paling Pantas Membangun Menurut Newzoo

Syarikat analitik dan pemahaman pasaran permainan, Newzoo telah hadir dengan laporan tahunan mereka berkaitan dengan pasaran permainan video global.

Menurut laporan tersebut, tahun ini pasaran permainan global mendatangkan hasil sebesar USD159.3 bilion memperlihatkan peningkatan sebesar 9.3% tahun ke tahun. Seperti yang ramai sedia maklum, penularan wabak COVID-19 telah memaksa umum untuk mengurung diri di rumah dan ramai yang telah memilih permainan video sebagai salah satu sumber hiburan mereka di saat ini.

Sebanyak 2.5 bilion pemain bermain di platform mudah alih pada tahun 2020.

Penularan wabak tersebut juga dilihat membantu pasaran permainan video bagi telefon pintar dimana ia memperlihatkan peningkatan sebesar 13.3% tahun ke tahun dengan segmen tersebut kini memegang 40% pasaran permainan global dengan nilai hasil berjumlah USD63.6 bilion. Dengan halangan masuk yang lebih rendah dan mudah berbanding platform lain, telefon pintar adalah medium pilihan umum untuk bermainan permainan video.

Konsol menjadi pasaran kedua terbesar dengan hasil berjumlah USD45.2 bilion (+ 6.8 tahun ke tahun) dan diikuti rapat oleh permainan pc dengan hasil berjumlah USD33.9 bilion (+6.7% tahun ke tahun).

Asia Pasifik mempunyai 1.4 bilion pemain permainan video pada tahun 2020.

Dari segi rantau pula, Asia Pasifik kekal sebagai rantau terbesar pasaran permainan global. Namun begitu, pasaran permainan terkecil global iaitu di Asia Tengah dan Afrika memperlihatkan peningkatan tertinggi berjumlah 14.5% berbanding tahun sebelumnya mendatangkan hasil sebesar USD5.4 bilion. Ini diikuti pasaran kedua terkecil iaitu Amarika Latin ayng memperlihatkan peningkatan sehingga 10.3% dengan hasil sebanyak USD6 bilion ke rantau tersebut.

Newzoo mengunjurkan bahawa hasil pasaran permainan global akan melepasi nilai USD200 bilion menjelang tahun 2023 kelak. Dengan trend permainan-sebagai-perkhidmatan yang semakin menjadi pilihan pembangun dan penerbit permainan, mereka turut mengunjurkan bahawa sektor ini akan terus memperlihatkan peningkatan dan menurunkan saluran pendapatan lain seperti pembelian permainan penuh sama ada digital dan kotak fizikal dan langganan di platform konsol.

Seperti mana yang diperlihatkan oleh permainan dengan hasil terbesar di dunia iaitu League of Legends, Fortnite dan Pokemon Go, keterlibatan adalah lebih penting berbanding dengan hasil. Para pemain yang lebih terlabur kepada sesebuah permainan akan lebih terbuka untuk berbelanja. Permainan percuma untuk dimainkan (Free to play) dengan pembelian dalam permainan terus menjadi model pengewangan pilihan untuk platform PC dan mudah alih dan dilihat akan turut meningkat untuk platform konsol dimasa akan datang.

Newzoo mengunjurkan bahawa pembelian dalam permainan akan meningkat sehingga 77% menjelang tahun 2023 bagi saluran hasil permainan global berbanding 74% pegangan pada tahun 2020 ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments