Valorant (Project A)

Mod Ranked Bagi Valorant Akan Tiba Tidak Lama Lagi Bersama Dengan Nama Baru Bagi Ranking Tertinggi

3 bulan lalu

Mod Ranked Bagi Valorant Akan Tiba Tidak Lama Lagi Bersama Dengan Nama Baru Bagi Ranking Tertinggi

Mod permainan beranking akan tiba tidak lama lagi bagi permainan Valorant dan Riot Games telah mendedahkan perubahan yang akan hadir bersama dengannya.

Permainan ranking akan tiba kepada umum pada kemaskini 1.02 dan bersama-sama dengannya adalah perubahan pada rupa visual ranking dan nama bagi ranking tertinggi. Ranking tertinggi permainan sebelum ini diberi nama Valorant, sama dengan nama permainan, menyebabkan ramai memberi maklum balas bahawa ia mengelirukan.

Oleh yang demikian, nama ranking tertinggi kini akan bertukar daripada Valorant kepada Radiant. Dari segi visual pula, ikon bagi setiap ranking kini lebih jelas dan mudah untuk dibezakan.

Visual ikon dan nama baru ranking – Sumber: Riot Games

Riot turut menjanjikan bahawa tidak lama selepas hadirnya kemaskini 1.02, mereka akan melancarkan cara untuk para pemain menjejak kemajuan ranking mereka. Valorant akan menggunakan tempoh musim permainan dinamakan sebagai ‘Act’ dimana ia akan berkekalan bagi tempoh sekitar 2 bulan.

Sepanjang tempoh berlangsungnya setiap musim ‘Act’ ini, pemain akan boleh menjejak kemajuan ranking mereka melalui sejarah permainan dan maklumat permainan lainnya dengan mudah di dalam klien permainan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments