Penstriman

Mixer Menamatkan Operasi – Komuniti Disaran Pindah Ke Facebook Gaming Hasil Kerjasama Baharu

3 minggu lalu

Mixer Menamatkan Operasi – Komuniti Disaran Pindah Ke Facebook Gaming Hasil Kerjasama Baharu

Laman penstriman milik Microsoft, Mixer kini dengan mengejut mengumumkan penamatan operasi mereka.

Mixer juga mengumumkan kerjasama bersama dengan Facebook Gaming bagi memudahkan para pengguna mereka beralih ke platform penstriman milik Facebook itu. Laman Mixer.com akan berhenti berfungsi sepenuhnya pada 22 Julai depan dan para pengguna yang melayari laman tersebut akan disalurkan ke laman FB.GG iaitu pautan bagi Facebook Gaming.

Para penstrim di Mixer yang berstatus ‘Partner’, mereka juga diberikan pilihan untuk berpindah ke Facebook Gaming dan menerima perjanjian yang hampir serupa di platform baharu itu. Para penstrim yang menyertai sistem penjanaan pendapatan terbuka Mixer pula akan disertakan ke dalam program Facebook Gaming Level Up bagi memastikan mereka kekal boleh menjana pendapatan.

Bagi mereka yang memilih untuk tidak berpindah ke Facebook Gaming, mereka bebas ke platform lain seperti Twitch mahupun Youtube.

Sementara itu, penstrim terkemuka di laman tersebut iaitu Ninja dan Shroud yang ditandatangani dan menyertai Mixer pada tahun lalu kini adalah agen bebas dan boleh menyertai mana-mana platform pilihan mereka. Facebook dilaporkan menawarkan amaun sehingga dua kali ganda iaitu mencecah USD60 juta bagi Ninja dan sekitar USD10 juta bagi Shroud untuk membeli kontrak mereka daripada Mixer namun ditolak oleh kedua-dua penstrim popular tersebut, memaksa Mixer membayar keluar kontrak mereka.

Kedua-dua penstrim tersebut juga dilaporkan telah menerima bayaran penuh yang dijanjikan oleh Mixer pada kontrak mereka dahulu.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments