Liga Overwatch

Skin MVP Liga Overwatch 2019 Milik Sinatraa Kini Hadir

3 minggu lalu

Skin MVP Liga Overwatch 2019 Milik Sinatraa Kini Hadir

Tahun lalu bekas pemain San Francisco Shock, Jay ‘Sinatraa’ Won telah diangkat sebagai pemain terbaik liga hasil sumbangan beliau terhadap pasukan tersebut sepanjang musim liga berlangsung.

Dengan memenangi gelaran tersebut, beliau juga menerima skin rekaan khas bagi merayaan pencapaiannya. Selepas sekian laman dibangunkan, skin tersebut kini telah dilancarkan kepada umum. Di gelar sebagai Alien Zarya, ia direka berdasarkan nama gelaran Sinatraa iaitu Alien dan juga Crooner iaitu merujuk kepada nama Sinatraa itu sendiri.

Walaupun Sinatraa kini sudah bersara dari permainan Overwtach dan beralih kepada permainan Valorant, skin ini adalah lambang kejayaan beliau membantu pasukan meraih gelaran juara dan ia akan kekal selamanya di dalam permainan tersebut.

Skin edisi terhad ini hanya boleh dimiliki sehingga 30 Jun depan sahaja. Ia boleh dimiliki pada harga 200 token Liga Overwatch.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments