Fortnite

20 Juta Orang Tonton Acara ‘The Device’ Oleh Fortnite

3 bulan lalu

20 Juta Orang Tonton Acara ‘The Device’ Oleh Fortnite

Fortnite sudah sedia terkenal dengan acara dalam permainan mereka yang amat menakjubkan dan unik.

Acara terbaru mereka “The Device” juga tidak terkecuali, hadir dengan lebih banyak peribudaya dan misteri terhadap pula pertarungan permainan tersebut. Acara ini berjaya menarik lebih 20 juta orang menontonnya, sama ada melalui dalam permainan tersebut mahupun menonton siaran langsung di laman penstriman.

Menurut Epic Games, lebih 12 juta pemain menyertainya di dalam permainan (dengan jumlah kemasukan diterhadkan) dan lebih 8.4 juta orang penonton puncak di laman Youtube dan Twitch.

Acara tersebut bermula dengan siren berlaungan di peta permainan sebelum beberapa menara terbit disekeliling bangunan ‘The Agency’ di tengah-tengah peta permainan. Banggunan tersebut selepas itu meletup dan sebuah menara dengan orb dipuncaknya hadir dari tapaknya.

Menara itu kemudiannya menjadi aktif memancarkan kuasa elektrik. Pemain juga kemudiannya terlibat dengan rentas ruang misteri yang menghantar pemain ke sebuah pejabat dimana pekerja di situ membincangan perkara yang sedang terjadi di pulau Fortnite, memberi petunjuk bahawa mereka mengawalnya. Salah seorang pekerja tersebut adalah John Jones yang menyerupai Jonesy, watak asas permainan tersebut membawakan lebih banyak misteri mengenai peribudaya permainan.

Sumber: Coldside Games

Selepas semuanya berakhir, pulau tersebut kini berubah dengan bangunan The Agency kini musnah dan ribut di pulau tersebut kini berubah menjadi air menyebabkan pulau tersebut kelihatan seperti ruang kecil dikelilingi lautan air.

Sumber: Coldside Games
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments